Sunday, May 19, 2013

Weekend Gateway : Pulau Pinang

Suasana di Kawasan Rehat dan Rawat RTC Perak

Kawasan R&R yang cantik dan selesa untuk berhenti sebelum meneruskan perjalanan

Landmark "Ipoh" kelihatan dari Lebuhraya Utara Selatan. This is IPOH.

Tidak lengkap perjalanan ke Pulau Pinang jika tidak singgah sekejap untuk membeli buah-buahan segar di hentian R&R

Hotel penginapan di Pulau Pinang. Hotel Hydro terletak di Batu Ferringhi bertaraf 4 bintang. Anda boleh menginap disini dengan harga berpatutan melalui Agoda.com.

Antara shot wajib ketika melalui jambatan Pulau Pinang.
 Semua gambar diambil menggunakan kamera kompak Olympus XZ-1. Tanpa sebarang edit.

Thursday, January 3, 2013

Tips Mudah Mengambil Gambar Kandid Kanak-Kanak


Gambar ketika majlis perkahwinan keluarga sebelah isteri saya. Ketika itu, kanak-kanak ini sedang didukung oleh isteri saya. Saya memanggil namanya dan apabila dia melihat saya terus snap. Natural dan comel.
Tips 1 : 
Apabila mengambil gambar kanak-kanak, cuba elakkan daripada terlalu banyak mengawal mereka. Biarkan mereka bermain dan anda akan mendapat gambar candid yang kelihat semulajadi, lebih segar dan menarik. Jika anda mahu mereka melihat kamera, tarik perhatian mereka sekali sekala. 

Tips 2 :
Momen adalah segala-galanya. Pastikan anda peka terhadap aksi si comel anda. Sentiasa perhatikan aksi mereka melalui viewfinder kamera anda dan bersedia menembak apaliba mereka memberikan pose yang terbaik. 

Wednesday, January 2, 2013

Tips Fotografi : Mengambil Gambar Konsert

Gambar sebuah band membuat persembahan di Wisma Bentley Music Kota Damansara, tahun 2009. Ketika ini saya aktif pergi ke gig-gig mahupun konsert. Sedikit editing untuk mendapatkan vintage color tone.
Mengambil gambar konsert adalah sesuatu tugasan yang mencabar. Anda perlu ingat bahawa walaupun anda berperanan sebagai jurugambar rasmi sesuatu konsert, anda tidak harus terlalu mengganggu penonton yang menghabiskan duit mereka membayar tiket masuk ke konsert tersebut (termasuklah konsert percuma).

Fikirkan penonton di belakang anda, anda seharusnya tidak terlalu menghalang pandangan mereka yang mahu menyaksikan artis kegemaran mereka beraksi. Apabila anda berkelakuan baik di kalangan penonton, mereka berkemungkinan akan menolong anda mendapatkan shot yang anda mahukan. Pokoknya "do it politely".

Penggunaan flash juga harus dielakkan. Selain daripada mengganggu artis yang membuat persembahan dan penonton, penggunaan flash mengakibatkan gambar anda kelihatan tidak natural. Gunakan lampu pentas dengan sebaik mungkin. Dalam keadaan 'low light', anda mungkin perlukan lens yang pantas bagi mengelakkan gambar anda blur. 

Tunjukkan anda hargai persembahan mereka yang membuat persembahan. Tetapi tidak perlulah untuk melompat atau menjerit ketika mengambil gambar. Pastikan anda ada 'eye-contact' dengan mereka dan senyum! 

Zrai Aziz

Kanak-Kanak Gunting Rambut

Seorang kanak-kanak yang mengunjungi booth kami di Pulau Pinang.
Kanak-kanak ini datang bersama ibunya ke booth kami semasa Jelajah Janji Ditepati di USM Pulau Pinang pada 8 Disember 2012 untuk mendapatkan khidmat gunting rambut percuma. Aktiviti seperti ini kerap diadakan untuk memberikan promosi mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang latihan kemahiran di Malaysia.

Gambar diambil menggunakan kompak Olympus XZ-1. Edit black and white menggunakan Photoshop CS6

Hari Keluarga Jabatan Pembangunan Kemahiran 2012, Putrajaya


Gambar di atas diambil semasa Hari Keluarga Jabatan Pembangunan Kemahiran Tahun 2012 yang berlangsung di Pusat Komuniti Presint 16 Putrajaya. Menggunakan sepenuhnya kamera kompak Olympus XZ-1 dan sedikit editing black and white melalui perisian Adobe Photoshop CS6.

Kebelakangan ini saya lebih suka membawa kamera kompak jika keluar bersama keluarga ataupun jika menghadiri tugasan luar. Selain dari ringan dan menjimatkan ruang, kebanyakan kamera kompak sekarang sudah mempunyai mode manual pengendalian menyerupai DSLR. Kualiti gambar pula bagus.

Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013

Selamat Datang 2013. Gambar diambil di hadapan Jeti Taman Laut, Pulau Tioman Pahang. 14 Oktober 2012.


Sunday, August 26, 2012

Jalan Jeli Dabong Gua Musang

Jarak keseluruhan perjalanan dari Tanah Merah ke Gua Musang menggunakan Route 66 adalah 162km. Beza 8km dari jalan Tanah Merah Kuala Krai.




Memasuki sempadan Gua Musang

Pemandangan yang cantik dikiri dan kanan jalan

Jalan yang rosak dah banyak yang dibaiki

Jalan yang ni pula nampak macam baru diturap

Antara pemandangan menarik. Lokasi berdekatan dengan Gua Musang.