Wednesday, January 2, 2013

Tips Fotografi : Mengambil Gambar Konsert

Gambar sebuah band membuat persembahan di Wisma Bentley Music Kota Damansara, tahun 2009. Ketika ini saya aktif pergi ke gig-gig mahupun konsert. Sedikit editing untuk mendapatkan vintage color tone.
Mengambil gambar konsert adalah sesuatu tugasan yang mencabar. Anda perlu ingat bahawa walaupun anda berperanan sebagai jurugambar rasmi sesuatu konsert, anda tidak harus terlalu mengganggu penonton yang menghabiskan duit mereka membayar tiket masuk ke konsert tersebut (termasuklah konsert percuma).

Fikirkan penonton di belakang anda, anda seharusnya tidak terlalu menghalang pandangan mereka yang mahu menyaksikan artis kegemaran mereka beraksi. Apabila anda berkelakuan baik di kalangan penonton, mereka berkemungkinan akan menolong anda mendapatkan shot yang anda mahukan. Pokoknya "do it politely".

Penggunaan flash juga harus dielakkan. Selain daripada mengganggu artis yang membuat persembahan dan penonton, penggunaan flash mengakibatkan gambar anda kelihatan tidak natural. Gunakan lampu pentas dengan sebaik mungkin. Dalam keadaan 'low light', anda mungkin perlukan lens yang pantas bagi mengelakkan gambar anda blur. 

Tunjukkan anda hargai persembahan mereka yang membuat persembahan. Tetapi tidak perlulah untuk melompat atau menjerit ketika mengambil gambar. Pastikan anda ada 'eye-contact' dengan mereka dan senyum! 

Zrai Aziz

No comments:

Post a Comment