Monday, October 31, 2011

Aku terima nikahnya..

Alhamdulillah.. tanggal 29 Oktober 2011 saya selamat diijabkabulkan dengan buah hati saya. Majlis berlangsung dengan sempurna di Masjid Paya Rambai, Kota Bharu Kelantan berdekatan dengan rumah isteri pada pukul 11.30 pagi.

Ramai juga saudara-mara yang hadir. Terima kasih kepada semua kerana sudi memeriahkan majlis. Kepada isteri, semoga hubungan kita berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin. :)

Monday, October 17, 2011

Midnight in Paris (2011)



Semalam sebelum tidur sempat menonton filem Midnight in Paris sambil berbaring-baring di atas katil.
Midnight di Paris mungkin filem Woody Allen yang paling memuaskan dalam beberapa dekad. Mempersoalkan kesahihan masa kini dan masa lalu, filem ini menampilkan perjalanan merentasi masa - mengubah kehidupan protagonis di sepanjang jalan. Muzik Cole Porter bertindak sebagai bridge antara zaman yang berbeza, membawa kesan zaman  lalu ke masa kini dan juga menguatkan sinematografi filem fantasi.
Filem ini mengisahkan Gil (Owen Wilson) seorang penulis skrip Hollywood melawat Paris bersama-sama tunangnya Inez (Rachel McAdams) yang cantik tetapi materialistik. Gil seorang yang romantik serta mengkagumi hasil sastera penulis hebat seperti Hemingway dan Fitzgerald.
Mereka secara tidak sengaja bertemu dengan kekasih lama Inez semasa di kolej iaitu Paul (Michael Sheen) dan isterinya Carol (Nina Arianda) di Paris. Sheen memainkan watak yang menghiburkan dan pada masa yang sama kelihatan lebih intelektual, mempunyai pengetahuan yang luas terhadap semua perkara dan cuba memperlekehkan Gil.
Filem ini mula memasuki elemen fantasi apabila Gil mendapati dirinya berada pada era 20-an di tengah-tengah kota Paris. Gil kemudiannya bertemu Fitzgeralds, Cole Porter, Hemingway dan banyak lagi tokoh yang dikaitkan dengan modenisme. Plot yang sedikit neurotik, tetapi Owen Wilson berjaya memainkan peranannya dengan cemerlang sekali menutup kekeliruan yang ada.
Mungkin ada pihak yang merasakan kekurangan didalam filem ini adalah dari aspek keaslian dan kedalaman plot, tetapi saya dapati Woody Allen telah berjaya menghasilkan sebuah komedi unik yang digabungkan dengan kebimbangan minda yang sensitif.  
Rating IMDB : 8.0/10

Sunday, October 16, 2011

I'm in love

17 Oktober 2011. Tinggal 11 hari lagi daripada tarikh untuk melangsungkan perkahwinan dengan cik adik manis saya. Preparation pun dah banyak yang setel. Alhamdulillah. Terima kasih kepada bonda tercinta kerana banyak bertungkus-lumus menyetelkan apa yang patut.

2, 3 hari ni asyik berpeluh peluh je sebab makan bom. Pergh..baru makan sebiji, dia punya effect macam berlari satu padang Stadium Merdeka. Tapi best sangat la sebab buang apa yang patut dari body ni. Terbakor lemak-lemak den. Bayangkan kat dalam SOGO pun boleh berpeluh macam baru lepas main bola. Tapi nak makan bom ni kene banyak minum air, kalau tak nanti rasa pening/ sakit kepala sikit. Berat badan menunjukkan sedikit penurunan. Bulan puasa lepas 63kg. Lepas Raya terus naik lebih 65kg. Sekarang dah normal balik 62 kg. Bila la nak slim ni!!! :P

Pergh..rileks je. Nak kahwin pun rileks je. Macam takde perasaan. ;) Wat cool2 je suda la kn. Hehe..
Yang pasti bile cik bini ada kat sini nanti, lagi banyak benda leh buat. Yahoo!