Monday, October 31, 2011

Aku terima nikahnya..

Alhamdulillah.. tanggal 29 Oktober 2011 saya selamat diijabkabulkan dengan buah hati saya. Majlis berlangsung dengan sempurna di Masjid Paya Rambai, Kota Bharu Kelantan berdekatan dengan rumah isteri pada pukul 11.30 pagi.

Ramai juga saudara-mara yang hadir. Terima kasih kepada semua kerana sudi memeriahkan majlis. Kepada isteri, semoga hubungan kita berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin. :)

Monday, October 17, 2011

Midnight in Paris (2011)



Semalam sebelum tidur sempat menonton filem Midnight in Paris sambil berbaring-baring di atas katil.
Midnight di Paris mungkin filem Woody Allen yang paling memuaskan dalam beberapa dekad. Mempersoalkan kesahihan masa kini dan masa lalu, filem ini menampilkan perjalanan merentasi masa - mengubah kehidupan protagonis di sepanjang jalan. Muzik Cole Porter bertindak sebagai bridge antara zaman yang berbeza, membawa kesan zaman  lalu ke masa kini dan juga menguatkan sinematografi filem fantasi.
Filem ini mengisahkan Gil (Owen Wilson) seorang penulis skrip Hollywood melawat Paris bersama-sama tunangnya Inez (Rachel McAdams) yang cantik tetapi materialistik. Gil seorang yang romantik serta mengkagumi hasil sastera penulis hebat seperti Hemingway dan Fitzgerald.
Mereka secara tidak sengaja bertemu dengan kekasih lama Inez semasa di kolej iaitu Paul (Michael Sheen) dan isterinya Carol (Nina Arianda) di Paris. Sheen memainkan watak yang menghiburkan dan pada masa yang sama kelihatan lebih intelektual, mempunyai pengetahuan yang luas terhadap semua perkara dan cuba memperlekehkan Gil.
Filem ini mula memasuki elemen fantasi apabila Gil mendapati dirinya berada pada era 20-an di tengah-tengah kota Paris. Gil kemudiannya bertemu Fitzgeralds, Cole Porter, Hemingway dan banyak lagi tokoh yang dikaitkan dengan modenisme. Plot yang sedikit neurotik, tetapi Owen Wilson berjaya memainkan peranannya dengan cemerlang sekali menutup kekeliruan yang ada.
Mungkin ada pihak yang merasakan kekurangan didalam filem ini adalah dari aspek keaslian dan kedalaman plot, tetapi saya dapati Woody Allen telah berjaya menghasilkan sebuah komedi unik yang digabungkan dengan kebimbangan minda yang sensitif.  
Rating IMDB : 8.0/10

Tuesday, August 16, 2011

Resolusi Sidang Meja Bulat

Resolusi Sidang Meja Bulat
Shah Alam 13 Ramadhan 1432


Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432 [sabtu] telah mengambil pendirian-pendirian berikut:

1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

3. Kami menggesa supaya JAIS dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru kami menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

Ngo yang terlibat :

1. PIMPINAN
2. ILMAM
3. Sekteriat Pemuda Perihatin
4. Yayasan Kepimpinan Malaysia
5. Ummah Prihatin Malaysia
6. ILMUAN
7. Pro – Guam
8. Perubatan Islam Darus Syifa’
9. PAPISMA
10. GAMIS
11. INTELEK
12. BISA - Belia Islam Ampang
13. IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia
14. IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional
15. I - Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim
16. MPM - Majlis Perundingan Melayu
17. GAGASAN
18. PMRAM
19. UKP - Usrah Kebajikan Profesional
20. FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad
21. Umah Care
22. Terap Care
23. Tabung Kebajikan Al-Masakin.
24. Dewan Pemuda PAS Malaysia


sekian.

Presiden Ilmuan
Dr Fuad Salleh

Sumber - http://www.eperjuangan.com/

Saturday, July 23, 2011

IPD Kota Bharu, Jalan Padang Tembak,16100 KOta Bharu, Kelantan




Dewan Sri Nilam
IPD Kota Bharu,
Jalan Padang Tembak,
16100 Pengkalan Chepa,
Kota Bharu,Kelantan

6.1570139384955, 102.28855839796
6.159654, 102.289151

Tuesday, April 26, 2011

Kuasa Minda Separuh Sedar (Bahagian 1)

Setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing, seperti komputer yang membolehkan anda menyelesaikan apa-apa masalah, menempuhi rintangan dan mencapai matlamat yang diinginkan.

Kuasa ini telah digunakan sejak dari zaman dahulu lagi yang membantu meningkatkan taraf kehidupan dari miskin menjadi kaya, dari kekecewaan kepada kegembiraan, kepuasan dan kebahagiaan. Begitu juga dengan anda, anda boleh melakukan perkara yang sama.

Kuasa ini dikenali dengan pelbagai nama di segenap tempat di dunia ini.Ianya terdapat di dalam perkara asas oleh kebanyakan agama, falsafah dan pengajaran sains metafizik selain dari menjadi asas kepada segala pencapaian dan kejayaan.

Napoleon Hill, seorang penyelidik terulung abad ke 20 menggelarkannya "kepintaran tidak terhad" ataupun infite intelligence. Beliau mengambil masa selama 20 tahun melakukan kajian terhadap 500 individu paling berjaya yang hidup di Amerika pada masa itu dan membuat kesimpulan bahawa keupayaan mereka mencapai kejayaan ke peringkat paling tinggi adalah kerana kepintaran tidak terhad yang dimiliki mereka.

Walau apa pun nama yang diberikan, saya lebih selesa memanggilnya "Kuasa Minda Separuh Sedar".Kuasa minda yang jarang diterokai oleh kebanyakan orang. Kuasa ini telah ada dan sedia untuk ada gunakan pada setiap detik, minit dan jam.

Kuasa minda separuh sedar telah digunakan oleh kesemua orang-orang hebat yang kita kenali seperti pencipta, penulis, astis, komposer, saintis pada zaman lampau dan pada masa kini. Setiap hasil kerja ulung mereka terselit kuasa minda separuh sedar.

Thomas Edison sebagai contohnya, menghasilkan beratus-ratus idea ciptaan baru dan lebih seribu yang telah merubah sepenuhnya Amerika pada masa itu.Contoh lainnya dalam bidang muzik, Bach, Beethoven ataupun Mozart, kita kenal mereka sebagai genius dalam bidang ini. Mereka menghasilkan karya-karya muzik ulung yang setiap not disusun dengan lengkap,indah dan teliti, setiap kali mereka menulis not-not lagu menggunakan pen. Begitu juga dengan ikon seni kita, P.Ramlee. Karya-karya beliau masih segar hingga ke hari ini. Malah saya masih mampu ketawa melihat filem Seniman Bujang Lapuk walupun sudah berkali-kali menontonnya.

Jadi anda telah melihat, bagaimana orang-orang ini berjaya dengan menggunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Apa yang penting adalah anda tahu bahawa minda yang ada pada anda sangat berkuasa. Cuma tidak semua dari kita tahu menggunakannya.Kita mungkin sedar, apa yang kita impikan semasa zaman kecil kita, tiba-tiba menjadi kenyataan. Malah,saya pernah melaluinya dan sedar hanya ketika menuntut di tahun akhir universiti apabila terbaca satu buku yang bertajuk "the power of mind".Mulai saat itu, saya lebih berhati-hati dengan apa yang saya fikirkan. Ianya juga ada kaitan dengan "Law of Attraction" ataupun hukum tarikan.


Dalam siri ke 2, saya akan sentuh mengenai matlamat dan motivasi. Mengenai apa matlamat yang anda ingin capai dan bagaimana minda anda membantu anda mencapai matlamat tersebut.



Sunday, April 10, 2011

Pattykerry Recipe ( Egg Benedict with tuna chunks and sausage)

Cantik juga gambar ni kan? :P Tak lama lagi pandai la saya masak.

Inilah hasilnya ketika lapar di malam hari macam ni. Tadi abah nak beli nasi kukus jual mahal kata tak nak. Tgh diet la konon kan. Tiba-tiba pukul 10.30 perut berbunyi-bunyi. Lagu keroncong pula tu. Usha-usha resipi dalam youtube jumpa la benda alah ni. Egg benedict namanya. Try la buat sbb nampak macam senang je kan.

Sedap juga! Sape nak cuba bole la tgk kat sini http://www.youtube.com/watch?v=JM6xbsHVeEA

Selamat Mencuba!!

Kaeng Som Recipe (Post kat sini takut hilang) :)

Kaeng som is probably the most well known southern dish within Thailand. Kaeng som is actually the name of a similar central Thai dish, so central Thais tend to refer to the southern version as kaeng lueang, or “yellow curry”, because of its color. This is not to be confused with the yellow curry that most foreigners are familiar with, which is a coconut-milk based curry of Indian origin called kaeng karii “curry curry” by Thais. Confused? Good, now we can begin.

Kaeng som (which I will continue to call it here) actually translates as “sour curry”, but the predominate taste is usually that of spicy. Very spicy. I consider this to be probably the spiciest curry in the country (which says a lot in a country of spicy curries!). The curry paste consists of a few simple ingredients, and the soup consists of fish (or other seafood) and typically one kind of vegetable (or fruit). That’s it.

Here are the curry paste ingredients:

Small fresh “bird shit” chilies 25
Small dried chilies 15
Garlic, chopped 6-8 cloves
Fresh turmeric, chopped 1 Tbsp
Salt 1 tsp
Shrimp paste 1 Tbsp

Using a mortar and pestle, smash all of these together very, very finely (it is important to do this well so you won’t happen upon any large bits of chili in your soup!).

The finished curry paste.

Put the curry paste aside and prepare the soup ingredients. Thinly slice sour, slightly unripe pineapple, about 1 cup. Clean and cut some fish into bite-size pieces until you have about 1-1 1/2 cups. I’m using a kind of fish known as plaa kraphong (sorry, can’t recall English name), which is the most common fish used in this dish. I reckon any white-fleshed sea fish will do. Set both of these aside. For your mise en place you’ll need a bottle of fish sauce, 3-4 sliced limes ready for squeezing, and some sugar.

Bring about 3-4 cups of water to the boil, add about half of the curry paste and stir and simmer until the broth is fragrant. Add more curry paste if necessary, but don’t add it all at once as it may be too much!

Add the pineapple.

Simmer until it begins to soften, 3-4 minutes, and taste the curry. The pineapple should add a slightly sweet flavor to the broth. If you prefer more of this, add a bit of sugar.

Squeeze a few limes’ worth of lime juice into the broth until you reach a tolerable state of sourness.

Remember, it is called “sour” curry, so there should be a definite sour taste, followed by spicy, salty and sweet. Add some fish sauce if it isn’t salty enough.

Now add your fish.

Simmer until the fish is just done, 2-3 minutes, remove from heat, and you’re done!

Serve with rice.

Kalori Dalam Makanan

Pakar pemakanan menegaskan bahawa setiap manusia memrlukan sekitar 4000 Kalori sehari untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap dan diperlukan badan seharian. Jumllah 4000 kalori adalah tidak banyak sebenarnya.. Secara amnya juga, kalori dibakar/digunakan oleh orang lelaki adalah sebanyak 2000 Kalori sahaja, manakala 1800 kalori untuk Wanita. Selebihya, iaitu 2000 kalori akan pergi pada sel-sel badan.

Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan Kalori makanan... ingat, untuk badan yang sihat, jangan sekali-kali melebihi 4000 Kalori..


Kategori: Kuih Muih

1. Kuih berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori

2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori

3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori

4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori

5. Popia goreng (satu) = 130 kalori

6. Popia basah (satu) = 95 kalori

7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori

8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori

9. Karipap (sebiji) = 130 kalori

10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori

11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori

2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori

3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori

4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori

5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori

6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori

7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori

8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori

9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori

10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori

11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori

13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori

3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori

5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori

7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori

8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori

9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori

10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori

11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori

13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori

14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori

2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori

3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori

4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori

5. Burger keju (satu) = 425 kalori

6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori

8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori

2. Betik (sepotong) = 45 kalori

3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori

4. Durian (5 ulas) = 64 kalori

5. Limau (sebiji) = 42 kalori

6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori

7. Nenas (sepotong) = 59 kalori

8. Epal (sebiji) = 63 kalori

9. Ciku (sebiji) = 44 kalori

10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


Kategori: Minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal

3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal

4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal

5.aiskrim 2 skop= 390 kal

6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal

7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal

8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

9.keju chedar 1 keping =58 kal

Monday, April 4, 2011

Khasiat Minyak Zaitun (Olive Oil)

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:-

1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh
melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman
berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh
digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit
jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk
epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama
pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di
Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan
dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Minyak zaitun JAMALIAH HOUSE diimpot dari Egypt dan dijual dengan harga RM16 sebotol (200ml).

PERINGATAN:-

Amalkan menyimpan minyak zaitun yang telah dibuka ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Elakkan botol minyak dari terkena bahang api ketika memasak.

Friday, March 18, 2011

QR Code

Masa saya on the way to work last week, ada la satu topik ni kat radio. Pasal QR Code. Sebelum ni memang tatau apa-apa pun pasal QR Code ni, jakun la katakan. Tapi sejak-sejak selalu dengar segmen Azli On Air kat BernamaRadio 24, celik IT la sikit saya ni. Sebenarnya kita boleh memuat turun perisian QR ini ke dalam telefon bimbit kita. Mungkin aplikasinya masih lagi baru di negara ini, tetapi sudah digunakan secara meluas di negara lain dan amat popular di Jepun.

QR Code boleh menyimpan maklumat-maklumat berguna seperti teks, URL yang boleh membantu pengguna dalam kehidupan harian seperti ketika membeli belah di pasaraya. Pengguna yang mempunyai aplikasi QR reader di dalam telefon bimbit mereka boleh mengimbas terus imej QR yang banyak terdapat dalam iklan-iklan atau tempat-tempat awam. Berbeza dengan barcode yang boleh membaca hanya sehingga 20 nombor, QR Code boleh menyimpan sehingga beribu-ribu huruf / nombor di dalamnya.


Contoh aplikasi penggunaan QR Code :

1. Di belakang business card
2.
Di dalam brochure ataupun flyer
3. Menu restoran
4. Maklumat nutrisi pemakanan
5. Di billboard atau papan iklan

Nak cuba generate QR code anda sendiri? Cubalah di web ini http://qrcode.kaywa.com/
Nak letak dalam wedding invitation card pun boleh! :P