Tuesday, April 26, 2011

Kuasa Minda Separuh Sedar (Bahagian 1)

Setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing, seperti komputer yang membolehkan anda menyelesaikan apa-apa masalah, menempuhi rintangan dan mencapai matlamat yang diinginkan.

Kuasa ini telah digunakan sejak dari zaman dahulu lagi yang membantu meningkatkan taraf kehidupan dari miskin menjadi kaya, dari kekecewaan kepada kegembiraan, kepuasan dan kebahagiaan. Begitu juga dengan anda, anda boleh melakukan perkara yang sama.

Kuasa ini dikenali dengan pelbagai nama di segenap tempat di dunia ini.Ianya terdapat di dalam perkara asas oleh kebanyakan agama, falsafah dan pengajaran sains metafizik selain dari menjadi asas kepada segala pencapaian dan kejayaan.

Napoleon Hill, seorang penyelidik terulung abad ke 20 menggelarkannya "kepintaran tidak terhad" ataupun infite intelligence. Beliau mengambil masa selama 20 tahun melakukan kajian terhadap 500 individu paling berjaya yang hidup di Amerika pada masa itu dan membuat kesimpulan bahawa keupayaan mereka mencapai kejayaan ke peringkat paling tinggi adalah kerana kepintaran tidak terhad yang dimiliki mereka.

Walau apa pun nama yang diberikan, saya lebih selesa memanggilnya "Kuasa Minda Separuh Sedar".Kuasa minda yang jarang diterokai oleh kebanyakan orang. Kuasa ini telah ada dan sedia untuk ada gunakan pada setiap detik, minit dan jam.

Kuasa minda separuh sedar telah digunakan oleh kesemua orang-orang hebat yang kita kenali seperti pencipta, penulis, astis, komposer, saintis pada zaman lampau dan pada masa kini. Setiap hasil kerja ulung mereka terselit kuasa minda separuh sedar.

Thomas Edison sebagai contohnya, menghasilkan beratus-ratus idea ciptaan baru dan lebih seribu yang telah merubah sepenuhnya Amerika pada masa itu.Contoh lainnya dalam bidang muzik, Bach, Beethoven ataupun Mozart, kita kenal mereka sebagai genius dalam bidang ini. Mereka menghasilkan karya-karya muzik ulung yang setiap not disusun dengan lengkap,indah dan teliti, setiap kali mereka menulis not-not lagu menggunakan pen. Begitu juga dengan ikon seni kita, P.Ramlee. Karya-karya beliau masih segar hingga ke hari ini. Malah saya masih mampu ketawa melihat filem Seniman Bujang Lapuk walupun sudah berkali-kali menontonnya.

Jadi anda telah melihat, bagaimana orang-orang ini berjaya dengan menggunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Apa yang penting adalah anda tahu bahawa minda yang ada pada anda sangat berkuasa. Cuma tidak semua dari kita tahu menggunakannya.Kita mungkin sedar, apa yang kita impikan semasa zaman kecil kita, tiba-tiba menjadi kenyataan. Malah,saya pernah melaluinya dan sedar hanya ketika menuntut di tahun akhir universiti apabila terbaca satu buku yang bertajuk "the power of mind".Mulai saat itu, saya lebih berhati-hati dengan apa yang saya fikirkan. Ianya juga ada kaitan dengan "Law of Attraction" ataupun hukum tarikan.


Dalam siri ke 2, saya akan sentuh mengenai matlamat dan motivasi. Mengenai apa matlamat yang anda ingin capai dan bagaimana minda anda membantu anda mencapai matlamat tersebut.



No comments:

Post a Comment