Monday, October 17, 2011

Midnight in Paris (2011)



Semalam sebelum tidur sempat menonton filem Midnight in Paris sambil berbaring-baring di atas katil.
Midnight di Paris mungkin filem Woody Allen yang paling memuaskan dalam beberapa dekad. Mempersoalkan kesahihan masa kini dan masa lalu, filem ini menampilkan perjalanan merentasi masa - mengubah kehidupan protagonis di sepanjang jalan. Muzik Cole Porter bertindak sebagai bridge antara zaman yang berbeza, membawa kesan zaman  lalu ke masa kini dan juga menguatkan sinematografi filem fantasi.
Filem ini mengisahkan Gil (Owen Wilson) seorang penulis skrip Hollywood melawat Paris bersama-sama tunangnya Inez (Rachel McAdams) yang cantik tetapi materialistik. Gil seorang yang romantik serta mengkagumi hasil sastera penulis hebat seperti Hemingway dan Fitzgerald.
Mereka secara tidak sengaja bertemu dengan kekasih lama Inez semasa di kolej iaitu Paul (Michael Sheen) dan isterinya Carol (Nina Arianda) di Paris. Sheen memainkan watak yang menghiburkan dan pada masa yang sama kelihatan lebih intelektual, mempunyai pengetahuan yang luas terhadap semua perkara dan cuba memperlekehkan Gil.
Filem ini mula memasuki elemen fantasi apabila Gil mendapati dirinya berada pada era 20-an di tengah-tengah kota Paris. Gil kemudiannya bertemu Fitzgeralds, Cole Porter, Hemingway dan banyak lagi tokoh yang dikaitkan dengan modenisme. Plot yang sedikit neurotik, tetapi Owen Wilson berjaya memainkan peranannya dengan cemerlang sekali menutup kekeliruan yang ada.
Mungkin ada pihak yang merasakan kekurangan didalam filem ini adalah dari aspek keaslian dan kedalaman plot, tetapi saya dapati Woody Allen telah berjaya menghasilkan sebuah komedi unik yang digabungkan dengan kebimbangan minda yang sensitif.  
Rating IMDB : 8.0/10

No comments:

Post a Comment