Tuesday, January 3, 2012

Anda Mahu Berjaya?

Usaha menggalakkan diri kita dan generasi kita menceburi bidang perniagaan ini adalah sangat penting bagi merubah nasib anak bangsa kita di masa depan. Di Malaysia ini, saya dapati terlalu banyak peluang untuk anda menjalankan aktiviti keusahawanan yang berjaya, kita sepatutnya kaya dibumi yang bertuah ini. Banyak peluang-peluang perniagaan yang boleh kita ceburi dan banyak potensi perniagaan dan sokongan yang boleh kita dapat sekiranya kita bercakap atau berguru dengan orang yang betul.

Iye betul! Bercakap dengan orang yang betul dan berguru dengan orang yang betul adalah amat penting sekali. Ramai yang takut-takut atau tidak terfikir untuk menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan adalah disebabkan kurang informasi atau ilmu pengetahuan di dalam bidang tersebut. Ramai juga yang telah menceburi tetapi masih belum berjaya kerana tidak ada mentor.


Pernahkan anda lalui kawasan perumahan banglo atau so-called “kawasan rumah orang kaya?”.  Kalau tidak, cuba pergi tinjau-tinjau sikit. Tengok daripada luar, kalau dapat tengok dalam pun lagi best. Cuba tengok rumah mereka, kereta mereka. Akan ada “bisikan suara kecil” sebahagian daripada anda yang akan berbisik, “Eleh, kaya konon….tipu orang lah tu sebab tu kaya!”. Akan ada sebahagian daripada anda yang akan “berbisik” di dalam hati, : “Alah, bukan best pun jadi orang kaya…. Rumah besar-besar tapi tak bahagia!’. Akan ada pula segilintir lagi yang akan cakap,: “ Laa, dia orang bolehlah, mungkin anak orang kaya, aku ni anak petani!” tetapi akan ada pula yang akan cakap, :”Bestkan kalau dapat hidup kaya, banyak wang, mudah-mudahan dapat bantu ramai orang yang memerlukan, dapat beri kehidupan yang lebih baik lagi ibu-bapa kita, isteri/suami atau anak-anak kita. Aku pun nak jadi macam tu!”…. Tetapi tidak ramai yang akan cakap begitu….


Jika bisikan anda adalah “berbau” negatif….Maka begitulah hidup anda akan dipenuhi dengan situsai yang negatif serta kehidupan dan kewangan yang negatif…… Anda adalah apa yang anda fikirkan!


Berapa ramai daripada anda yang pernah gagal dalam perniagaan? Saya pun pernah. Berapa ramai yang pernah kehilangan duit pelaburan setelah sertai mana-mana perniagaan atau pelaburan? Saya lagi pernah. Berapa ramai yang telah mencuba pelbagai cara untuk keluar daripada kemelut kewangan tetapi semakin bertambah “kebocoran kewangan”? Saya pun sangat pernah!


Tetapi semuanya berubah bermula tahun 2001 apabila saya mempunyai ilmu, mentor, sistem dan diajar bagaiaman untuk bertindak merubah kehidupan saya. Saya berjaya keluar daripada situasi kemelut kewangan, tekanan dan tidak ada masa untuk bersama keluarga. Hari ini, saya mempunyai perniagaan di dalam beberapa bidang yang berbeza. Saya mempunyai perniagaan di dalam perundingan pemasaran & pengiklanan, saya mempunyai perniagaan di dalam perkhidmatan korporat, saya mempunyai perniagaan berasaskan pelaburan hartanah dan pada masa yang sama, saya mempunyai perniagaan yang matlamatnya adalah menyumbangkan ilmu transformasi kejayaan kepada mereka yang memerlukan.



Ada 5 soalan penting dibawah ini yang saya ingin mengajak anda untuk jawap dalam tempoh yang paling singkat, kalau anda “terror”, sila jawap dalam masa kurang daripada 1 minit. Anda hanya perlu bulatkan jawapan pilihan anda samada setuju atau tidak setuju untuk setiap soalan ini dan ianya akan membantu anda untuk mengenal pasti samada anda faham tentang beberapa prinsip mudah tentang rahsia kejayaan orang-orang yang telah berjaya atau kaya  :-

1.    Semua orang boleh menceburi mana-mana perniagaan atau bidang kerjaya TANPA PERLU mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi dirinya sendiri terlebih dahulu?
Setuju / Tidak Setuju
2.    Dengan mengenali kekuatan, kelemahan serta potensi diri kita, adalah LEBIH SUSAH untuk kita membina hala tuju dan perancangan kehidupan kita dengan lebih berjaya?
Setuju / Tidak Setuju
3.    Sekiranya sesebuah perniagaan ingin maju atau berjaya dengan lebih mudah, mereka TIDAK PERLU membuat analisa tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan potensi ancaman (SWOT Analysis) di dalam rancangan perniagaan mereka?
Setuju / Tidak Setuju
4.    Sekiranya seseorang itu ingin maju atau berjaya dengan lebih mudah, individu tersebut juga TIDAK PERLU membuat analisa tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan potensi ancaman (SWOT Analysis) yang ada pada diri mereka sendiri?
Setuju / Tidak Setuju
5.    Sekiranya saya ingin berjaya di dalam kerjaya, perniagaan atau kehidupan saya, saya juga TIDAK PERLU mengkaji potensi diri saya untuk lebih berjaya di dalam kerjaya, perniagaan atau pelaburan saya?

Setuju / Tidak Setuju

Sekiranya anda menjawap TIDAK SETUJU untuk kelima-lima soalan di atas, saya rasa anda memang memahami betapa pentingnya untuk mengenali kekuatan, kelemahan serta potensi diri anda untuk berjaya di dalam apa saja bidang yang telah atau ingin anda ceburi. Untuk berjaya di dalam apa saja bidang yang ingin kita atau suami/isteri kita atau anak-anak kita ceburi atau telah ceburi, kita perlu memahami kekuatan, kelemahan serta potensi diri mereka.

No comments:

Post a Comment