Friday, August 10, 2012

Kita dan Masa

Diam-diam, kita sekarang dah nak tamat bulan puasa. Tak lama lagi dah nak masuk raya. Macam kejap je masa berlalu..

Sekarang ni pun dah masuk bulan 8. Hampir setengah bulan Ogos dah berlalu. Rasa macam baru semalam je kita tanam azam tahun baru.

Masa semakin cepat berlalu meninggalkan kita yang perlahan ni. Kalau dibuat perlumbaan antara kita dan juga masa,dah tentu masa begitu jauh meninggalkan
kita..

Perasan tak pasal situasi ni?

So far, apa yang dah kita buat sejak 1 Januari 2012 yang lepas?

Adakah dah separuh azam kita tercapai? Macam mana dengan niat kita nak dapatkan pendapatan sampai RM10,000 sebulan yang kita tetapkan awal tahun dulu?

Adakah kita sebenarnya nampak macam sibu tapi hakikatnya tak ada apa pun
nak dibanggakan?

Inilah realiti ramai orang..Kalau kita terlupa yang kita sedang berlumba dengan masa, kita akan jauh
ketinggalan.

2-3 tahun lepas entah-entah kita masihsama lagi macam sekarang.

Saya sedar akan hal ni..

Saya sendiri berlumba dengan masa.

Saya harap anda pun macam tu juga..

Macam mana nak pastikan yang kita boleh mengatasi masa atau paling biasa pun kita dapat berlari seiringan dengan masa?

Kunci utamanya adalah JANGAN buang masa..

Saya nak tanya...

Pernah tak anda keluarkan duit RM10 dari wallet, pergi ke tong sampah dan buang
duit tu?Tak pernah kan?

Atau pernah tak anda ambil rantai emas mak anda dan buang kedalam longkang?

Pun tak pernah..

Tapi kita cakap masa itu emas..

Kita selamba je buang masa macam 'masa' tu tak ada nilai.

Berbalik kepada 'kunci' jangan buang masa yang saya cakap tadi, saya nak ajak
anda - lebih-lebih lagi bulan mulia dan hari mulia ni kita kurangkan benda-benda yang tak berfaedah..

Penuhkan 24 jam kita dengan perkara bermanfaat seperti ibadah dan menuntut ilmu.

Cakap pasal menuntut ilmu, jangan sekadar pergi menuntut ilmu tapi tak buat..

Ilmu yang dituntut tapi tak digunakan dia akan jadi berkarat.

Sebaiknya, amalkan ilmu yang kita dah pelajari. Dan sentiasa mempelajari ilmu baru..

No comments:

Post a Comment